Friday, July 8, 2011

suami curang 5 perkara perlu d lakukan

1.Cuba tenangkan hati

Wanita sudah pastilah emosional sebaik mendapat tahu kecurangan suami.Perasaan marah dan sedih bercampur dan tidak cukup dengan itu pula ditambah dengan rasa malu pada orang sekeliling.Lebih menyukarkan lagi keadaan jika kecurangan suami itu menghasilkan zuriat.

Tapi langkah pertama yang harus d ambil oleh wanita yg menghadapi situasi ini adalah cuba utk menengkan diri.Jangan terlalu emosi sebaliknya fikirkan keluarga anda yg akan berkait dgn masalah ini.

Sebelum anda terus menyerang suami ada baiknya anda memberi masa pada diri utk berfikir bertindak tindakan yg paling sesuai utk d ambil.Selain itu nilaikan tindakan tersebut serta kesannya pada diri,pasangan dan keluarga.

2.Dialog dengan diri

Ketika anda mengambil masa utk berfikir ini,lakukan dialog dgn diri sendiri.Adakah kemungkinan untk anda memperbaiki keadaan,memaafkan pasangan anda atau meneruskan kembali perhubungan.

3.Berhadapan dengan suami

Bila emosi anda sudah pun reda dan fikirkan kembali tenang barulah perkara ini dibicarakan dgn pasangan.Waktu ini sungguhpun anda memang layak utk marah namun sebaiknya beri peluang utk pasangan bercakap.Biarkan dia mengungkap rasa kecewa,kemaafaan dan sebagainya.Selepas itu gilran anda pula meluahkan semuanya.

Memang dapat d fahami,ada kalanya wanita menjadi cukup lemah bila menerima kejutan sebegini.Perasaan dikhianati,marah.kecewa semuanya akan membuatkan diri tak mampu berhadapan dgn pasangan.

4.Luahkan pada org yg betul

Sewaktu berhadapan dgn masalah kecurangan suami ramai wanita yg tersilap langkah dalam menangani stiuasi.Sebaik cerita di dengar,mereka terus meluahkan rasa emosi dgn org lain dan bukannya suami.Mungkin rakan mahupun ahli keluarga.Namun langkah pertama yg harus anda buat adalah berhadapan dgn suami dan meluahkan apa perasaan anda.Bukan dgn org lain terutama tiada kena mengena dgn keluarga anda.

Masalah yg d hadapi itu hanya melibatkan anda berdua dan bukannya org lain.Tak perlulah org lain menerima tempiasnya.Selain itu penglibatan dari pihak lain,selain anda dan suami hanya akan membuatkan suasana makin panas dan masalah sukar diselesaikan.Apatah lagi jika pihak tersebut memberi nasihat yang salah.Menangani situasi yang serious dalam rumah tangga seperti ini memerlukan anda berfikir dgn tenang dan waras.Akan tetapi jika terlalu banyak suara sumbang yg kedengaran pasti
sukar utk anda yg sudah tenang kembali panas apabila mendengar pandangan atau pendapat yg salah.

Dalam menghadapi keadaan yang sukar ini anda sememangnya memerlukan sokongan dari keluarga dan juga rakan.Namun hati2 terhadap nasihat yg bersifat mempengaruhi anda.Sekiranya ia tidak sesuai dgn kata hati anda maka,abaikan saja.

5.Kawal rasa ingin tahu

Berdasarkan pengamatan selalunya wanita yang menghadapi kecurangan suami ini tidak dapat mengelak daripada rasa ingin tahu.Mereka mahu mengetahui lebih lanjut tentang wanita yg satu lagi dgn juga segala yang berkaitan dengannya.

Tapi untuk kebaikan diri dan ketenangan hati ada baiknya tindakan ini tidak d buat.Ia tidak akan menyelesiakan masalah.Apa yang perlu d ketahui hanyalah alasan mengapa suami melakukannya.

Mungkin sukar utk anda memaafkan perbuatan suami yg melukakan hati anda namun jika anda masih sayangkan perkahwinan anda maka kuatkanlah hati anda utk melakukannya terutama jika suami mengakui kesalahannya.

1 comment:

qaseh said...

Tp kalau suami yg xmengakui kesilapannya mcmana? Suami menafikan ape ug terjd.sdang bnda 2 dh pun terjd..