Friday, July 8, 2011

cemburu paksa aku control of jelous :/

bagaimana untuk mengatasi masalah cemburu…kerana cemburu punca berlakunya jenayah cinta..... ??

Bila ada rasa cemburu, maknanya ada rasa sayanglah tu. Kita tak boleh nak nafi bahawa cemburu itu lahir dari rasa sayang dan cintanya kita akan sesuatu, yang sangat mendalam.

Jadi nasihat saya, cuba ingat betul-betul apa tujuan kita sayang sesuatu perkara atau seseorang itu. Biasanya, kalau sesuatu yang kita lakukan atau sesuatu yang kita sayang tu sandarannya adalah Allah, kita tak akan sedih dan cemburu sangat.

Kena selalu ingat bahawa dia pun bukan milik mutlak kita. Kita pun bukan milik dia. Hatta yang sudah berkahwin pun, isteri atau suami kita tu adalah hak mutlak Allah. Allah yang punya, bukan kita. Kita ni hanya dipilih oleh Allah untuk hidup bersamanya.

Cuba buat macam tu selalu, insyaAllah kita akan rasa lebih tenang.Sebab apa? Sebab Allah adalah cinta sebenar dan sandaran hati kita.

No comments: