Friday, July 8, 2011

cerita lawak just for fun :)

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu
permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun
beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut,
lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga ( beliau tidak sekaya Donald
Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice ).


Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula
berkata " Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza,
calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini "


"Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?"
tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata " FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri
tanpa kita sedari "

" Bagus , satu jawapan yang baik " kata CEO tadi. " Kamu pula ? "
tanyanya kepada calon kedua.

" KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apapun,
mata kita dah berkelip " jawab calon kedua.

" Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut
SEKELIP MATA melambangkan kepantasan " kata CEO itu. " Bagaimana kamu pula? "
tanya CEO kepada calon ketiga.


" Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan
tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas " jawab calon ketiga.


" Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu ? " CEO
terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga
hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

" Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa
perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT " jawab calon keempat dengan yakin sekali.

" Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu
boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ? " CEO terkejut dengan jawapan
calon keempat tadi.


"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit
perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau
MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah.............."


Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat
berkenaan..............

Hehehehehhe........................

No comments: