Friday, July 8, 2011

hinanya aku baca lah hayatilah bersamaaa...

Setiap kali kau merasa sukar untuk meneruskan perjuangan
Kau akan merasa kehilangan
Dan kerana itu kau merasa sangat keseorangan

Apa yang kau lihat hanyalah malam dan kegelapan di sekelilingmu
Kau berasa sangat tidak bermaya
Kau sukar untuk melihat di mana arah tujumu

Namun janganlah berputus asa dan sesekali janganlah hilang pengharapan
Kerana Allah sentiasa berada di sisimu

InsyaAllah
Kau akan temui jalanmu

Setiap kali kau melakukan lagi kesalahan
Kau merasa sukar untuk bertaubat dan seolah-olah ianya sudah sangat terlambat
Kau sungguh keliru, keputusan silap yang telah kau lakukan
Telah menghantui fikiranmu dan hatimu sarat dengan rasa malu

Namun janganlah berputus asa dan sesekali janganlah hilang pengharapan
Kerana allah sentiasa berada di sisimu

Kembalilah kepada Allah
Dia takkan pernah pergi jauh darimu
Letakkanlah kepercayaanmu padanya
Tadahkanlah tanganmu dan berdoa

Oh Ya Allah
Pandulah langkahku dan jangan biarkanku terus sesat
Kaulah satu-satunya yang memberi petunjuk kepadaku,
Maka berilah petunjuk kepadaku!

No comments: