Monday, July 4, 2011

koleksi ceta lawak

1) Cerita Lawak : Berita buruk

Seorang Doktor sedang memberi berita yang kurang baik buat seorang pesakitnya.

Dokter: Saya membawa dua kabar buat anda!
Pesakit: Khabar apa doktor? Baik atau buruk!
Dokter: Maaf berita yang saya bawa buruk. Mahu yang mana dulu yang buruk atau yang paling buruk.
Pesakit: Yang buruk dulu doktor(dgn muka yg murung pesakit itu menjawab)
Dokter: Berita buruknya hidup anda hanya tinggal kurang dari 24 jam.
Pesakit: Ah... benar ke doktor?
Dokter: Ya benar.
Pesakitien: Apakah berita yang paling buruk?
Dokter: Sesungguhnya saya sudah mencari anda dari semalam untuk mengkhabarkan berita ini......


2) Cerita Lawak : Sketsa pertandingan menyanyi

Pada suatu hari tu ada 1 pertandingan menyanyi peringkat haiwan hutan.ok...pertandingan tu pun mula la...Burung nuri pun menyanyi.Merdu sungguh sora nuri tu.Kendian musang pun menyanyi diikuti pula oleh sang babi nie.... Sang babi pun nyanyi la.....tiba-tiba semua haiwan melarikan diri. Tahu kenapa? Kerana babi ni nyanyikan lagu dari Headwind "Kita serupa...."


3) Cerita Lawak : Gajah liar

Tiga pengembara ingin berkhemah berhampiran air terjun. Mereka memilih satu kawasan air terjun yang terdapat di sebuah hutan dara. Dalam perjalanan menuju ke kawasan air terjun, mereka telah sesat. Hari sudah hampir senja. Tiba di suatu kawasan, mereka ternampak papan tanda yang ditulis oleh pihak Perhilitan : "Awas, kawasan gajah liar!" Dua pengembara amat cemas, namun seorang pengembara hanya tersenyum. Tiba-tiba, mereka ternampak seekor gajah liar 500 meter di depan mereka sedang memakan pisang hutan. Lalu pengembara yang tersenyum tadi memberi arahan, "Kamu berdua jangan panik. Atok aku pesan, jikalau terserempak dengan gajah liar, kita mesti jangan bergerak, pura-pura sebatang pokok kayu." Lalu, mereka semua berdiri dan menegapkan badan. Gajah liar tersebut berjalan ke arah pengembara. Pengembara yang berada dalam ketakutan bertanyakan pengembara yang tersenyum tadi,"Atuk engkau di mana sekarang?". Pengembara yang tersenyum tadi menjawab,"Atuk aku dah meninggal dunia tahun lalu, kena pijak gajah liar!"

4) Cerita Lawak : Anak Kerbau

Seorang guru bahasa inggeris sedang menyoal Abu.

Guru: If the young of a pig called piglet, what is the
young of a bull called?

Abu: A bullet

hahahahahaha...dis one so so funny~ lol :D

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
cerita lawak berbahasa english just enjoy

Miss Ann seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun
1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan
pada hari Isnin nanti.

Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu
ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada
satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila
sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris
ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman
nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu
Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu.

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki
dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata
"Ladies first" balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa
Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu.


Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.


Cikgu: OK boy, did you get the words?

Budak: Yes, teacher.

Cikgu: Good, what is your first word?

Budak: Shut up you !!!

Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Budak: Superman !!!

Cikgu: Bloody fool! Get out from this class

Budak: Ladies First

No comments: