Friday, July 8, 2011

mencari hidup tenang

Satu hari semasa aku berjalan2 di kampung aku terjumpa seorg pemuda yg ditimpa masalah. Muka dia mmg serupa org mati bini jadi aku pun tegur dia.

Aku: Kenapa dgn lu ni brader? mcm ada problem jer?

Pemuda: Tadi saya kena rompak. Habis wallet ngan hanset kena pow.

Aku: Oh ye ke? Saya tgk brader ni bukan org sini.

Pemuda: Ya bang saya sebenarnya baru datang ke kampung ni untuk mencari hidup tenang.



Aku: Oh.. takpe dulu pun saya cam brader jugak datang ke sini mencari hidup tenang. Brader boleh tumpang kat rumah saya utk sementara waktu.

Masa kat rumah sedg makan nasik aku pun ingin menceritakan nostalgia aku kat pemuda tu.

Aku: Seperti saya cakap tadi saya pun serupa macam brader. Datang ke kampung untuk mencari ketenangan hidup. Dulu saya ni bekerja kat syarikat yg besar kat Kolumpo. Saya masa tu byk duit dan saya lupa akan dunia. Asal dapat gaji aku guna duit tu utk maksiat. Aku joli kat disko lah… .. jadi kaki perempuan lah. Kiranya mcam2 maksiat aku dah buat kat dunia nih.

Pemuda: Tragis sungguh!

Aku: Ya mmg tragis! sampailah satu ketika aku telah menghisap ganja. Lama2 kehidupan aku menjadi terumbang-ambing. Aku telah menjadi pekerja yg malas dan akhirnya… bos aku dgn nada Donald Trump dia sound aku "You’re Fired!"

Pemuda: Lepas tu?

Aku: Hidup aku menjadi tidak tenang. Jadi aku telah berhijrah ke kampung jumpa mak aku. Aku cakap kat mak yg aku dah insaf. Dia maafkan aku dan sekarang aku tgh menguruskan kebun aku sendiri kat kampung ni sebagai bukti aku dah insaf. Dan hari ini aku telah jumpa kehidupan yg tenang selama ini aku cari.

Pemuda tu: Kebun tu kat mana?

Aku: Takpe lepas makan dan solat saya bawakkan brader lawat kebun saya.
Jadi lepas makan dan solat aku pun bawak pemuda tu pergi kebun aku. Sedang melawat tu tiba2 pemuda itu macam happy gila bila terjumpa salah seorg pekerja aku. Rupa2 nya dia nak cari member dia yg bernama Hidup Tenang Bin Jamaludin. Kenapalah sastera sungguh nama tu?



hukhukhukhuk

No comments: