Thursday, July 7, 2011

tekanan jiwa

Oleh kerana tekanan jiwa selama beberapa bulan, Azlan telah pergi berjumpa doktor pakar jiwa.

Azlan: "Doktor, saya telah mengalami tekanan jiwa dan terasa ingin membunuh diri."

Doktor: "Apa yang menyebabkan awak berasa sebegitu?"

Azlan: "Saya telah kehilangan pekerjaan, ditinggalkan kekasih dan telah dimalukan didada akhbar, semua orang memandang saya hina. Saya nak saman balik pun tak ada duit."

Doktor: "Saya cadangkan awak berhijrah kenegera lain."

Azlan: "Macamana doktor? Saya mana ada duit."

Doktor: "Awak boleh pakai duit saya dulu."

Azlan: "Eh! Tak perlulah doktor bersusah payah. Saya pun merancang untuk berpindah kealam barzakh."

Doktor: "Eh, jangan pergi sana! Saya baru balik dari sana. Tengok, habis satu belakang badan saya kena libas sebab selalu tinggal solat subuh."

Azlan: "Doktor jangan risau. Saya tak pernah tinggal solat. Tapi saya pelik, macamana doktor balik semula kesini?"

Doktor: "Saya minta kebenaran malaikat sebab nak ambil kain kapan saya yang tertinggal dirumah."

Azlan: "???"

Tiba-tiba jururawat rumah sakit tersebut masuk.

Jururawat: "Maafkan kami Encik Azlan, pesakit ni memang selalu terlepas dan menyamar jadi doktor."

Azlan: "@#$%&?"

No comments: