Monday, July 4, 2011

lelaki mudah lemah dengan wanita manja the facts yup that true

Kemanjaan dibahagikan kepada dua iaitu dibuat-buat untuk tarik perhatian atau secara semula jadi

MANJA sudah menjadi lumrah dalam diri lelaki dan perempuan. Walau ada yang cuba menafikannya, akan terserlah juga perasaan itu bila tiba masanya. Manja juga dikaitkan dengan anak bongsu dan anak tunggal dalam sesebuah keluarga, menyebabkan timbulnya rasa iri hati, terutama adik-beradik yang lain.

Bagaimanapun, perkataan manja itu lebih sinonim dan sesuai bagi menggambarkan diri seorang perempuan.

Kemanjaan seseorang perempuan ada kalanya amat disenangi, tetapi tidak kurang juga menjengkelkan, terutama apabila keterlaluan.

Lazimnya, wanita yang sebegitu setiap masa akan menonjolkan sifat kemanjaannya itu tidak kira dengan siapa mereka bercakap dan kadang kala ia dipamerkan secara tidak sengaja. Tidak seperti lelaki yang hanya akan menunjukkan sifat manja itu pada masa tertentu.

Disebabkan kemanjaan yang ada itulah, lelaki dikatakan menjadi mudah lemah apabila berdepan dengan mereka! Benarkah lelaki mudah menjadi ‘cair’ bila berdepan dengan wanita seperti itu?

Menurut kajian pada dasarnya memang ada lelaki yang mudah lemah dengan wanita manja, tetapi tidak semua. Lazimnya, kelemahan lelaki itu bergantung kepada dirinya terutama bagi yang mudah digoda dan tergoda.

Secara psikologi, tidak semua lelaki akan mudah lemah apabila berhadapan dengan wanita manja. Hanya segelintir saja yang mempunyai sifat begitu. Tetapi ia mungkin terjadi dalam jangka masa pendek saja iaitu ketika sedang berhadapan dengan perempuan berkenaan dan akan hilang selepas menamatkan perbualan dengan wanita berkenaan.

Bagaimanapun ia bergantung juga kepada lelaki berkenaan. Jika mempunyai jiwa dan hati yang kuat serta tidak mudah tergoda, lelaki itu akan memberikan reaksi seperti biasa dengan menayangkan muka bersahaja. Selain itu, terpulang kepada lelaki berkenaan untuk menilai dan membuat keputusan sendiri ketika berhadapan dengan keadaan seperti itu sama ada melayan mesra wanita itu atau hanya mendengar dan sekadar memberikan perhatian.

Memang tidak dinafikan, cara lenggokan badan, percakapan meleret dan lirikan mata seorang wanita ada kalanya dapat meruntuhkan jiwa serta hati lelaki. Sifat manja kadang kala bukan saja dapat menggoyahkan jiwa lelaki, malah dikatakan menjadi racun utama dalam memusnahkan sesuatu ikatan.

Hati mana yang tidak mudah tergoda apabila perempuan berkenaan bercakap dan ketawa seperti seorang kekasih!

No comments: