Thursday, July 7, 2011

sahabat baik membawa ke syurga

Bismillahi

Assalamualaikum Warahmatullahi

persahabatan adalah satu nikmat,kerana ia adalah tanda keimanan sebagaiaman firman Allah yang bermaksud : "sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara"

kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih kadangkala buruk akibatnya

Persahabatan yang baik akan membawas kita ke syurga dan kalau tersilap,padah membawa ke neraka.
ada yang bertanya,kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja,siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya..

sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang.remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulaukan.cuma mendekati mereka ini
memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja,agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip.

pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip.bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.

Pada suatu hati Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan..

dia terus bergaul denganya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.
detik berpisah akhirnya tiba.Ibnu al-Mubarah menjadi sebak dan menangis.apabila ditanya kenapa dia menangis,dia menerangkan :

*aku menangis kerana masih sayang padanya.aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu"

Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah :

#Berkawanlah dengan siapa saja asalkan betujuan untuk memberbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah

#Bersabar dalam pergaulan adalah suatu kebajikan.berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain

#Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang sekata amat sukar.

#Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah).

#Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.

#Jangan memandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya.

#Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawap kita tetapi pemberian taufiq dan hidayah adalah ti tangan Allah.

#Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya..


..............Syukron...............

No comments: