Thursday, July 7, 2011

sebuah cinta agung mudahan jua ku dpt lelaki cani amin ya rabbal alamin :/

Ini bukanlah ayat bunga atau kisah
jiwang tapi kisah benar yang aku dapat
daripada seorang rakan aku.....

Terdapat seorang rakan aku, Ali(bukan
nama sebenar)...dia sama menuntut di
sebuah pusat pengajian tinggi di luar
negara. Dia seorang yang amat ikhlas
orangnya. Dari pandanganku dia seorang
yg optimis dan tidak pernah menganggap
masalah itu sebuah masalah. Baginya
setiap hari dia cuba lakukan yg
terbaik.

Sehinggalah pada suatu hari, dia berkenalan
dengan seorang wanita yang sama
pengajian dengannya. Wanita ini
penduduk
negara tersebut. Dia bersahabat karib
dengan wanita tersebut. Dalam diam dia
telah mula mencintai wanita tersebut...

Namun begitu, dia amat takut untuk
memberitahu wanita itu kerana dia tahu
tiada kerasionalan dalam hubungan
mereka. Mereka datang daripada 2 dunia yang
berbeza....Berlainan bangsa,tidak sama
agama dan jauh sekali negara asalnya.

Demi perjuangannya terhadap Islam, dia
masih teringat lagi cita-cita dia ingin
menegakkan Islam walau di mana pun dia
berada....

Dia hanya menjadikan wanita itu sebagai
kekasih gelapnya (mencintai dalam
diam).Dia belajar sesuatu bahawa cinta
mestilah ikhlas kerana Allah. Itulah
yang paling sukar dan merupakan sebuah
cabaran hebat yg harus dihadapainya.

Suatu hari, dia mendapat tahu bahawa
wanita itu mengalami sakit buah
pinggang. Satu daripada buah pinggang
wanita itu telah lama rosak manakala yang lagi
satu telah mula berfungsi secara tidak
normal.

Dia amat sayang kepada wanita itu dan
tidak sanggup kehilangan wanita itu.
Kerana cinta yang amat dalam dia telah
mendermakan buah pinggangnya kepada
wanita itu. Kerana dia sedar bahawa dia
juga menghidap penyakit yg tiada
ubatnya
iaitu leukimia.

Setelah selesai pembedahan dia
berhasrat
untuk merahsiakan tentang penderma buah
pinggang . Tiada seorang pun yg
mengetahuinya walaupun keluarganya dan
wanita itu.

Pada suatu hari, penyakit Ali semakin
teruk dan berubah daripada fasa 2
kepada
fasa 4...Dia hanya ada sebulan untuk
hidup.Namun dia masih takut untuk
memberitahu perasaannya dan penyakitnya
kepada wanita disayanginya itu.

Akhirnya ajal pun datang menjemputnya.
Namun dia masih sempat berpesan kepada
sahabat karibnya agar memberikan
sepucuk
surat terakhir untuk disampaikan kepada
wanita yg dicintainya.

Apabila wanita itu membaca surat
tersebut dia pun terus menangis dan
menyedari betapa dalamnya cinta seorang
lelaki kepadanya sehingga sanggup
menderma kehidupannya kepada wanita
itu.
Namun segalanya telah terlambat kerana
Ali telah tiada. Di dalam surat itu
tertulis kalimah

"Nothing in this universe except
Allah,and Muhammad is the messenger of
Allah....Believe in this thing and you
will meet me in paradise my love,I am
waiting for you there"...

Wanita itu berasa sungguh terharu dan
mula mencari kebenaran di muka bumi
ini.Akhirnya wanita itu pun menyedari
akan kewujudan Allah dan kebenaran
Syariat Islam.Akhirnya dia pun memeluk
Islam dan sentiasa berharap agar dia
akan menemui kekasih yg dicintainya di
syurga kelak....


Alangkah indahnya cinta seorang lelaki
yang ikhlas kerana Allah....lelaki itu
berjaya memberikan cahaya Illahi kepada
wanita yang dicintainya walaupun saat
dia telah tiada...

Sahabatku sekalian ingatlah, cinta yang
ikhlas bukanlah kerana hendak memiliki
tetapi adalah berharap agar orang yang
dicintai akan mendapat hidayah Allah dan
sentiasa dilindungi oleh Allah..

Pada semua,janganlah persiakan cinta kerana cinta yg ikhlas bukanlah
kerana anda cantik atau sebagainya
tetapi adalah kerana dia inginkan anda
bahagia di dunia dan di akhirat
walaupun dia terpaksa mendermakan
kehidupannya.....:'(

No comments: